AGENDA

Pelajar tingkatan dua terima 40 jahitan di kepala, dipukul tiga remaja

21 Jul 2024, 1:15 PM
Pelajar tingkatan dua terima 40 jahitan di kepala, dipukul tiga remaja

KUANTAN, 21 JULAI: Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abd Rahman berkata mangsa berusia 14 tahun yang telah menerima 40 jahitan di bahagian kepala telah membuat laporan pada 11.18 pagi semalam dan mendakwa dipukul tiga remaja lelaki dikenalinya itu sekitar 10.15 malam di Taman Sempalit Aman, Raub.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila tiga remaja berusia lingkungan 16 hingga 17 tahun itu tidak berpuas hati dengan mangsa kerana tidak menggantikan semula telefon bimbit baharu yang telah dirosakkan oleh adik lelakinya secara tidak sengaja beberapa minggu lepas.

"Mangsa mendakwa dipukul menggunakan tangan sebelum dia terjatuh ke dalam longkang. Usaha mengesan saksi kejadian sedang dijalankan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Shahril berkata tiga pelajar itu direman dua hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Raub menerusi talian 09-3552 222.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619