AGENDA

Wanita maut dengan kesan tembakan pada badan

21 Jul 2024, 5:56 AM
Wanita maut dengan kesan tembakan pada badan

ALOR SETAR, 21 JULAI: Mayat wanita dengan kesan tembakan pada bahagian badan ditemukan di kawasan Durian Burung, dekat Padang Terap, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata mayat wanita yang dipercayai warga Thailand berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam di tepi jalan lama di kawasan berkenaan.

"Kita terima laporan berhubung penemuan itu pada 7 malam. Sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian dan menemukan mayat wanita itu dengan kesan tembakan di bahagian badan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619