AGENDA

AirAsia teruskan operasi meski sistem terjejas akibat gangguan IT

19 Jul 2024, 12:40 PM
AirAsia teruskan operasi meski sistem terjejas akibat gangguan IT

KUALA LUMPUR, 19 JULAI: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia meneruskan operasinya walaupun sistem berkaitan terjejas akibat masalah gangguan teknologi maklumat (IT) global.

Sehubungan itu, dalam kenyataanya, syarikat berkenaan menasihatkan semua pelanggannya yang terbabit untuk bersedia mengalami isu kelewatan penerbangan berikutan keperluan menggunakan kaedah proses secara manual.

“Tiada sebarang pesawat dibatalkan setakat 7.30 malam ini (Jumaat),” katanya.

AirAsia berkata syarikat itu juga sedang bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam usaha menguruskan keadaan selain memastikan keselamatan dan keselamatan pelanggannya terjamin.

Semua pelanggan juga dinasihatkan untuk memantau status penerbangan mereka dengan menyemak emel dan telefon bimbit masing-masing bagi sebarang kemas kini atau melayari laman sesawang http://airasia.com/flightstatus.

“Oleh kerana ciri daftar masuk kendiri tidak dapat diakses pada masa ini, pelanggan yang melakukan perjalanan hari ini amat digalakkan untuk tiba lebih awal di lapangan terbang bagi tujuan daftar masuk manual dan menyelesaikan semua ketetapan perjalanan," katanya.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619