AGENDA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan ucap takziah kepada keluarga Nur Farah Kartini

19 Jul 2024, 12:15 AM
Sultan Pahang, Tengku Ampuan ucap takziah kepada keluarga Nur Farah Kartini

KUANTAN, 19 JULAI: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah.

Menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang, baginda berdua turut mendoakan agar roh Nur Farah Kartini yang juga alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

"Semoga seluruh ahli keluarga tabah dan bersabar dengan ujian ini. Al-Fatihah,” menurut hantaran itu.

Jenazah Nur Farah Kartini selamat dikebumikan pada 5.20 petang tadi di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan dekat sini.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada 15 Julai.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak ditahan dan direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan kes terbabit mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619