AGENDA

Didakwa pukul kanak-kanak autisme hingga cedera, guru pusat jagaan ditahan

18 Jul 2024, 2:40 PM
Didakwa pukul kanak-kanak autisme hingga cedera, guru pusat jagaan ditahan

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Seorang guru di pusat jagaan kanak-kanak di Kelana Jaya di sini ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pengabaian seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun hingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sekitar Ampang, Selangor pada 1.13 tengah hari, semalam susulan laporan yang dibuat bapa mangsa.

“Hasil siasatan awal, suspek didapati telah menendang, memukul dan menarik mangsa secara kasar hingga terjatuh daripada kerusi. Terdapat juga kesan gigitan di tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619