AGENDA

TikTok tambah moderator teliti kandungan untuk kekang buli siber

18 Jul 2024, 6:05 AM
TikTok tambah moderator teliti kandungan untuk kekang buli siber

SHAH ALAM, 18 JULAI: Syarikat penyedia media sosial TikTok akan menambah pasukan moderator untuk meneliti kandungan di platform itu bagi mengekang buli siber, kata menteri komunikasi.

Fahmi Fadzil berkata tindakan juga dibuat untuk mengawal siaran langsung pelbagai bahasa susulan insiden buli siber yang membawa kematian pempengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha, baru-baru ini.

Beliau memaklumkan perubahan dalam mod pemantauan oleh penyedia platform media sosial berkaitan perlu dibuat disebabkan kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi.

“TikTok dengan segera menambah jumlah moderator yang akan meneliti termasuk kandungan dan sesi siaran langsung TikTok dalam bahasa-bahasa vernakular termasuk bahasa Tamil.

"Saya setuju seperti yang telah disebut dalam sidang media minggu lalu bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Kabinet juga berpendirian bahawa platform-platform ini tidak boleh cuci tangan,” katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Yuneswaran Ramaraj (HARAPAN-Segamat) mengenai langkah yang diambil pihak kementerian bagi memastikan kawalan kandungan yang efektif dalam pelbagai bahasa di platform media sosial.

Dalam pada itu, beliau berpandangan terdapat keperluan untuk mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap pembuli siber dan Kabinet akan meneliti perkara tersebut.

“Semua penyedia platform media sosial sepatutnya tidak membenarkan kanak-kanak berumur bahawa 13 tahun untuk membuka akaun.

“Namun, terdapat penyedia platform yang bersikap culas dalam membuat pengesahan tentang umur pemilik-pemilik akaun,” ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619