AGENDA

KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM

18 Jul 2024, 1:55 AM
KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan segera program bersama saintis di 100 sekolah seluruh negara, bagi meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menterinya Fadhlina Sidek berkata program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Beliau berkata KPM bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi dan MOSTI telah mengorak langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM, yang memberi fokus khusus kepada hala tuju STEM bermula dari peringkat sekolah sehingga ke pendidikan tinggi.

“Pelbagai inisiatif pembudayaan, aktiviti serta program pembangunan STEM sedang giat berjalan di sekolah, dengan pelaksanaannya merentas kementerian dan agensi selain melibatkan kerjasama rakan strategik korporat dan komuniti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadhlina berkata sinergi antara kementerian dan semua pihak berkepentingan dipergiatkan, bagi meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam STEM seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Jelajah Bioekonomi Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini semalam, mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis bioteknologi untuk mengadakan program bagi menarik minat murid dalam bidang STEM di 100 sekolah.

Menerusi penganjuran program itu, Perdana Menteri mahu pihak berkaitan merangka ikhtiar baharu khususnya terkait bagaimana hendak menggarap dan memperkasa dalam bidang berkenaan, yang belum berkembang dalam kalangan pemikiran rakyat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619