AGENDA

Lori hilang kawalan rempuh enam kenderaan sebabkan dua maut

17 Jul 2024, 3:25 PM
Lori hilang kawalan rempuh enam kenderaan sebabkan dua maut

SEPANG, 17 JULAI: Seorang pemandu dipercayai mengalami serangan jantung sehingga lori dipandunya hilang kawalan lalu merempuh enam kenderaan lain menyebabkan dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Bukit Dugang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata dalam kejadian jam 9.10 pagi itu dua mangsa lelaki berusia 31 dan 53 tahun maut dengan seorang di lokasi kejadian dan seorang lagi ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Menurutnya siasatan mendapati pemandu lori berusia 40 tahun itu dipercayai terkena serangan jantung menyebabkan lori yang dipandu dari arah Putrajaya menghala ke Jenderam itu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

"Lori itu kemudiannya melanggar empat kereta dan dua motosikal yang berada di laluan tersebut",”katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pemandu lori tersebut mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Zon Merah Hospital Putrajaya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619