AGENDA

Suspek bunuh Nur Farah dibawa ke ladang sawit, tunjuk lokasi kejadian

16 Jul 2024, 10:10 AM
Suspek bunuh Nur Farah dibawa ke ladang sawit, tunjuk lokasi kejadian

KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Hulu Selangor, di sini, hari ini.

Lelaki itu dibawa menaiki kereta jenis Proton Waja diiringi empat kenderaan lain.

Suspek yang disahkan seorang anggota polis itu tiba di lokasi pada 2.30 petang dengan memakai pakaian reman berwarna oren dan pelitup muka.

Sepanjang 15 minit di lokasi tersebut, suspek berusia 26 tahun itu dilihat menunjukkan kawasan semak-samun berhampiran anak sungai dipercayai lokasi sebenar mayat mangsa ditemukan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak Rabu lalu (10 Julai), ditemukan 6 petang semalam di ladang kelapa sawit berkenaan, dipercayai dibunuh individu dikenalinya.

Gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Miri, Sarawak itu dilaporkan gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619