AGENDA

Reman pekebun kes keropok beracun disambung dua hari lagi

16 Jul 2024, 5:23 AM
Reman pekebun kes keropok beracun disambung dua hari lagi

KULIM, 16 JULAI: Reman seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian dua beradik termakan keropok beracun baru-baru ini, disambung dua hari lagi.

Perintah reman ke atas pekebun berusia 33 tahun itu dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad selepas permohonan pihak polis.

Lelaki berkenaan sebelum ini direman enam hari bermula 11 Julai lepas.

Siasatan kes dilakukan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan kerana kelakuan cuai berhubung benda beracun.

Dalam kejadian pada 7 Julai, Muhammad Aqil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammas Luth Syauqi, 2, kritikal selepas termakan keropok yang dicampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Kulim.

Makanan ringan itu dikatakan diletakkan pada pagar sebuah kebun oleh pemilik kebun berkenaan, bertujuan memerangkap monyet yang mengganggu tanaman di situ.

Setelah empat hari menerima rawatan, Muhammad Aqil Syauqi menghembus nafas terakhir kira-kira 8.30 pagi pada Rabu di Hospital Pulau Pinang, sementara adiknya meninggal dunia pada 1.20 tengah hari, dua hari kemudian, di hospital sama.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619