AGENDA

Istiadat tabal Agong: 14 jalan di ibu negara ditutup Sabtu ini

15 Jul 2024, 12:07 PM
Istiadat tabal Agong: 14 jalan di ibu negara ditutup Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Sebanyak 14 jalan raya di sekitar ibu negara yang terlibat dalam upacara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan ditutup secara berperingkat pada Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan menempatkan 387 anggota terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis pada hari itu bagi penugasan mengiringi orang kenamaan, mengawal lalu lintas dan menguatkuasakan undang-undang jalan raya.

“Jalan terlibat ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kia Peng, Jalan Raja Chulan, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Jalan Damansara, Jalan Istana, Kuala Lumpur-Seremban Expressway, Jalan Kuching (arah selatan), Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen.

“Jalan-jalan yang terkesan ini akan ditutup sementara bermula 8 pagi bagi acara Istiadat Pertabalan dan 8 malam bagi Majlis Santapan Diraja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata penutupan jalan secara sementara adalah untuk memberi laluan kepada tetamu diraja melalui laluan yang dinyatakan dan sampai mengikut masa yang ditetapkan serta akan dibuka semula selepas mereka melalui laluan terbabit.

Beliau sehubungan itu menasihati pengguna jalan raya untuk tidak melalui laluan terlibat bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan mengikuti arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-2115 9999 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619