PBT

Mangsa pokok tumbang boleh tuntut ganti rugi

14 Jul 2024, 3:28 PM
Mangsa pokok tumbang boleh tuntut ganti rugi

Oleh Zulhusny Zaker

SHAH ALAM, 14 JULAI: Mangsa pokok tumbang boleh memohon ganti rugi melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Datuk Bandar Shah Alam berkata mangsa perlu melalui beberapa prosedur antaranya mempunyai bukti bergambar serta laporan polis.

Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata tuntutan pampasan mengenai pokok tumbang bagaimanapun tertakluk kepada keputusan siasatan yang dijalankan pihak insurans.

"Seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), mangsa perlu melalui beberapa prosedur antaranya menyediakan beberapa dokumen penting seperti gambar serta laporan polis.

"Tuntuan atau ganti rugi boleh dibuat melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan insurans akan jalankan siasatan," katanya ditemui dalam program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata MBSA mengenal pasti terdapat lebih 1,000 pokok berisiko di lokasi sekitar daerah ini.

Beliau berkata MBSA berbelanja RM3.4 juta tahun lalu dan lebih RM1 juta tahun ini bagi memastikan kejadian pokok tumbang tidak berlaku.

"Kerja pemantauan dilakukan panel dilantik untuk memastikan pokok di Shah Alam berada dalam keadaan selamat.

"Kita juga ada doktor pokok atau arborist yang akan kenal pasti pokok itu stabil atau tidak serta memberi nasihat sama ada sesuai untuk ditebang atau dicantas," katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh hubungi talian 1800-88-4477 sekiranya berlaku kejadian pokok tumbang.

Terdahulu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia memaklumkan, negara merekodkan 5,913 kes pokok tumbang.

Daripada jumlah itu 1,085 kes dilaporkan berlaku dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dan Selangor mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 953 kes pokok tumbang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619