AGENDA

Remaja termakan biskut beracun dimasukkan ke hospital, keadaan stabil

14 Jul 2024, 12:15 PM
Remaja termakan biskut beracun dimasukkan ke hospital, keadaan stabil

CHUKAI, 14 JULAI: Remaja lelaki dimasukkan ke hospital selepas termakan biskut disyaki mengandungi racun yang diambil di pagar kebun penduduk kampung, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika mangsa berumur 13 tahun yang tinggal di Kampung Air Putih di sini, dalam perjalanan dari rumahnya ke sungai untuk memancing.

Beliau berkata ketika melalui kebun itu remaja terbabit mengambil biskut yang diletakkan di dalam plastik sebelum rebah tidak sedarkan diri.

"Mangsa ditemukan oleh bapa rakannya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di tanah.

“Dia dibawa ke klinik kesihatan berdekatan sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata remaja itu kini berada dalam keadaan stabil di wad dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619