AGENDA

PM 'diserbu' murid sekolah ketika makan tengah hari di Putrajaya

12 Jul 2024, 9:57 AM
PM 'diserbu' murid sekolah ketika makan tengah hari di Putrajaya
PM 'diserbu' murid sekolah ketika makan tengah hari di Putrajaya

PUTRAJAYA, 12 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim "diserbu" sekumpulan murid sekolah ketika sedang menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9 di sini hari ini, sebelum menunaikan solat Jumaat.

Ketibaan Anwar di gerai itu kira-kira pukul 12.45 tengah hari disambut orang ramai terutama pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 9 (2) yang terletak berhampiran gerai berkenaan.

Kanak-kanak sekolah yang turut berada di gerai itu berpusu-pusu bersalaman dengan Perdana Menteri yang mengenakan baju Melayu berwarna biru muda.

[caption id="attachment_652001" align="alignnone" width="845"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati makan tengah hari di gerai An-Najah Presint 9, Putrajaya pada 12 Julai 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati pelbagai juadah makan tengah hari yang turut disertai Setiausaha Koperasi An-Najah, Zainal Mohd Yusoh.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah yang terletak kira-kira 60 meter dari gerai itu bersama hampir 1,000 jemaah.

Solat Jumaat dipimpin oleh imam surau berkenaan Hazim Malim yang turut menyampaikan khutbah bertajuk "Perihal Mizan (Timbangan Akhirat)".

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619