EXCO

Promosi pelancongan, kerjasama dengan AirAsia sempena Tahun Melawat Selangor

11 Jul 2024, 2:40 PM
Promosi pelancongan, kerjasama dengan AirAsia sempena Tahun Melawat Selangor

SHAH ALAM, 11 JULAI : Kerajaan Negeri bakal memeterai kerjasama dengan AirAsia Group Bhd bagi mempromosi pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berkata kerjasama itu dijangka pada September ini dengan mempamerkan iklan di 15 kapal terbang AirAsia.

"Ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk mempromosi lokasi menarik di seluruh Selangor di peringkat antarabangsa sempena Tahun Melawat Selangor 2025.

"Kita yakin dengan langkah ini sasaran lapan juta pelancong antarabangsa dan domestik ke Selangor mampu dicapai pada tahun depan.

"Tahun ini sahaja kita sasar tujuh juta pelancong dan setakat suku pertama kita sudah berjaya menarik 1.78 juta. Pelancong yang tertinggi adalah dari China diikuti Singapura, Indonesia, India dan Jepun," katanya.

Bercakap dalam sidang media, Suee Lim berkata Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 juga dijangka dilancarkan pada November ini dengan pelbagai program menarik ditawarkan.

"Kita akan mengadakan 'roadshow' ke China bagi satu slot pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 di luar negara kemudian di Malaysia juga akan lancar secara besar-besaran dijangka November ini.

"Hujung Julai ini pula kita akan ke Surabaya, Indonesia untuk mempromosi pelbagai pakej pelancongan perubatan yang terdapat di Selangor," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619