AGENSI

Permohonan insentif haji berjumlah RM1,000 dibuka hingga 23 Ogos

11 Jul 2024, 10:04 AM
Permohonan insentif haji berjumlah RM1,000 dibuka hingga 23 Ogos

SHAH ALAM, 11 JULAI: Seramai 3,000 jemaah haji Selangor boleh memohon Insentif Haji Muassasah berjumlah RM1,000.

Baki jemaah daripada 6,000 orang yang belum memohon boleh berbuat demikian walaupun musim haji sudah berakhir.

Ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, berkata proses itu boleh dibuat di pejabat DUN atau penyelaras DUN berdekatan.

"Jemaah haji yang tak sempat memohon sebelum menunaikan haji boleh berbuat demikian selepas mengerjakan ibadah berkenaan.

"Cepat mohon jangan biarkan kuota tersebut terbiar begitu sahaja. Jangan lepaskan peluang, dapatkan insentif RM1,000," kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah permohonan berkenaan dibuka sehingga 23 Ogos ini.

Tahun ini Kerajaan Negeri memperuntuk RM6 juta bagi pelaksanaan skim itu, meningkat tiga kali ganda berbanding RM1.5 juta pada 2023.

Setiap jemaah menerima wang tunai RM1,000, meningkat RM500 berbanding sebelum ini selain kit penjagaan diri.

Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM1.2 juta bagi membiayai kos perjalanan 36 jemaah menunaikan haji secara percuma.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619