EXCO

Nilai kadar baharu cukai dijangka selesai hujung tahun, MTES dengar bantahan

11 Jul 2024, 3:26 AM
Nilai kadar baharu cukai dijangka selesai hujung tahun, MTES dengar bantahan
Nilai kadar baharu cukai dijangka selesai hujung tahun, MTES dengar bantahan

SHAH ALAM, 11 JUL: Sebanyak 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor terlibat dalam penilaian semula kadar cukai taksiran baharu yang dijangka selesai hujung tahun ini.

EXCO kerajaan tempatan berkata senarai penilaian baharu melibatkan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang dilakukan pada 2020 selesai selepas disahkan Kerajaan Negeri pada Disember 2023 dan berkuat kuasa 1 Januari lalu.

“Penilaian semula cukai taksiran membabitkan 11 PBT masih dalam semakan mengikut Seksyen 142 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

[caption id="attachment_651717" align="alignleft" width="500"] EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato' Ng Suee Lim menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Penilaian dijangka selesai hingga hujung tahun ini, segala input bantahan diterima PBT akan dibentangkan Kerajaan Negeri pada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES),” kata Dato’ Ng Suee Lim dalam Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menurut Suee Lim, bantahan berhubung kadar cukai taksiran baharu perlu disiasat mengikut peruntukan undang-undang PBT.

“Selaras dengan Seksyen 142(2), PBT perlu menerima bantahan secara bertulis daripada penduduk sebelum senarai penilaian baharu disahkan Kerajaan Negeri.

“Semua pembantah diberi peluang mendengar penyiasatan sama ada melalui mereka sendiri atau ejen yang diberi kuasa,” jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619