EXCO

Caj beg plastik: Kutip RM38 juta sejak 2020, salur dana anjur program kelestarian

10 Jul 2024, 12:52 PM
Caj beg plastik: Kutip RM38 juta sejak 2020, salur dana anjur program kelestarian
Caj beg plastik: Kutip RM38 juta sejak 2020, salur dana anjur program kelestarian

SHAH ALAM, 10 JULAI: Kerajaan Selangor mengumpul sebanyak RM38 juta hasil daripada caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang dilaksanakan sejak 2020 hingga tahun lepas, kataEXCO Alam Sekitar.

Jamaliah Jamaluddin berkata wang kutipan itu disalurkan kembali sebagai peruntukan untuk penganjuran program kelestarian oleh kerajaan negeri bagi mendidik rakyat mencintai dan memelihara alam sekitar.

“Hasil kutipan itu, kita salurkan kembali untuk laksanakan program seperti Karnival Alam Sekitar Peringkat Negeri Selangor 2024 pada 20 dan 21 Julai ini, kerja pemasangan lampu solar, Program Pokok untuk Pendidikan, Sambutan Hari Bumi dan Projek Kebun Komuniti,” katanya di sini hari ini.

[caption id="attachment_651654" align="aligncenter" width="809"] EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin bergambar bersama maskot Karnival Alam Sekitar Peringkat Selangor ketika sidang media selepas Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 10 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media pengumuman penganjuran Karnival Alam Sekitar Peringkat Selangor yang akan diadakan di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya.

Jamaliah berkata menerusi program itu juga, kerajaan negeri akan menjalankan dapatan untuk mengumpul pandangan orang awam bagi kenaikan caj setiap beg plastik di Selangor.

“Ada pihak membangkitkan sama ada perlu menaikkan harga beg plastik, namun kerajaan Selangor ingin mendapatkan pandangan rakyat menerusi karnival ini,” katanya.

Bertemakan “Kempen Bebas Plastik”, Jamaliah berkata karnival itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dalam usaha mengurangkan penggunaan dan penghasilan sisa plastik dalam kehidupan seharian selain mengamalkan budaya hidup lestari.

“Sempena karnival ini sebanyak 29 reruai terdiri daripada agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, peniaga kecil dan pihak swasta menawarkan pelbagai pameran serta bengkel interaktif berkaitan kesedaran alam sekitar,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619