EXCO

Pelabuhan Pulau Carey sedia lebih 100,000 peluang kerja buat warga tempatan, Orang Asli

10 Jul 2024, 5:14 AM
Pelabuhan Pulau Carey sedia lebih 100,000 peluang kerja buat warga tempatan, Orang Asli

SHAH ALAM, 10 JULAI: Pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey melalui Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dijangka mewujudkan lebih 100,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan termasuk masyarakat Orang Asli.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli V Papparaidu berkata masyarakat Orang Asli di pulau berkenaan juga bakal menikmati sistem rangkaian perhubungan, infrastruktur dan utiliti yang lebih baik.

“Selain itu, projek ini meningkatkan aktiviti pelancangon, pembangunan infrastruktur dan merancakkan aktiviti ekonomi apabila pembangunan siap kelak,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal RS-1 di Sidang Dewan Negeri hari ini.

Papparaidu berkata visi Kerajaan Negeri membantu masyarakat Orang Asli meningkatkan taraf hidup merangkumi tujuh fokus utama iaitu tanah, pendidikan, infrastruktur, ekonomi, kepimpinan, kebudayaan dan kesihatan.

“Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Orang Asli sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Selangor bagi melaksanakan program berpandukan tujuh fokus utama ini untuk membantu mereka,” katanya.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar berkata pembangunan pelabuhan Pulau Carey akan memastikan Malaysia terus menjadi penyedia perkhidmatan pelabuhan unggul dan premium di rantau ini.

Dato' Seri Amirudin Shari juga berkata negara memerlukan rangkaian tersendiri dan tidak boleh bergantung kepada Pelabuhan Utara dan Barat sahaja kerana ia tidak mencukupi untuk masa akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619