AGENDA

KPM perinci cadangan beri elaun kos sara hidup tingkatan enam

9 Jul 2024, 3:00 PM
KPM perinci cadangan beri elaun kos sara hidup tingkatan enam

KANGAR, 9 JULAI: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan cadangan menyediakan elaun kos sara hidup pelajar dan guru penolong kanan tingkatan enam sebelum dibawa ke peringkat belanjawan negara melalui Kementerian Kewangan.

Menteri berkenaan Fadhlina Sidek berkata langkah itu antara usaha penjenamaan semula pendidikan tingkatan enam di negara ini, selain memastikan kualiti pendidikan itu diperluas dan dipertingkatkan.

"Antara inisiatif yang kita ingin beri tumpuan ialah melihat sudut elaun mereka, peranan dimainkan pentadbiran kolej tingkatan enam … untuk melihat peluang pendidikan bagi pelajar tingkatan enam ini diperluas," katanya.

Fadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Daurah Hadis 40 Imam Nawawi Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di sini hari ini. Program itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian melaksanakan beberapa inisiatif penting berhubung pembangunan pelajar di negara ini termasuk aspek kesihatan mental, antaranya penambahan guru kaunseling dan menambah baik sudut kepakaran mereka.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619