AGENDA

PM terima kunjungan hormat menteri luar Uzbekistan

9 Jul 2024, 12:52 PM
PM terima kunjungan hormat menteri luar Uzbekistan

KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Uzbekistan Bakhtiyor Saidov yang dalam lawatan rasmi sehari ke Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan pertemuan yang diadakan di pejabat Anwar di bangunan Parlimen itu bagi membincangkan tindakan susulan daripada lawatan Perdana Menteri ke Uzbekistan pada Mei lepas, termasuk keperluan untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara.

“Semasa pertemuan itu, Perdana Menteri dan Menteri Luar Saidov turut membincangkan keperluan bagi mengukuhkan kerjasama dua hala, terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi, industri minyak dan gas, sektor kesihatan, industri pelancongan, industri halal, serta kerjasama pelbagai hala antara ASEAN dan Uzbekistan,” katanya.

Anwar turut mengulangi jemputan kepada Presiden Shavkat Mirziyoyev untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat, menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619