ADN

Manfaat aktiviti ekopelancongan Kuala Kubu Bharu, terus tarik pelancong ke Selangor

9 Jul 2024, 9:49 AM
Manfaat aktiviti ekopelancongan Kuala Kubu Bharu, terus tarik pelancong ke Selangor

SHAH ALAM, 9 JULAI: Potensi pelancongan Hulu Selangor khususnya Kuala Kubu Bharu yang kaya dengan aktiviti ekopelancongan wajar dimanfaatkan, kata wakil rakyat Kuala Kubu Bharu.

Pang Sock Tao berkata berdasarkan data operator aktiviti sukan lasak dan pengusaha inap dusun, Hulu Selangor menarik 336,894 pengunjung tahun lalu, meningkat 52 peratus berbanding 220,968 pada 2022.

Sock Tao berkata ini membuktikan tawaran dan tarikan pelancongan di Hulu Selangor semakin berkembang dan bukan saja mendapat sambutan rakyat Malaysia, malah pengunjung dari seluruh dunia.

"Kuala Kubu Bharu boleh menyumbang lebih kepada pembangunan sektor pelancongan di Selangor.

"Justeru saya mencadangkan Kerajaan Selangor memasukkan Hulu Selangor khususnya Kuala Kubu Bharu dalam Pelan Induk Pelancongan Negeri Dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1)," katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal RS-1 di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Pada masa sama katanya kerja penyelenggaraan dan penaiktarafan kemudahan awam di sekitar destinasi pelancongan tandas awam perlu ditingkat dan dipercepatkan.

"Selain itu, saya cadangkan untuk meningkatkan kebolehcapaian pengangkutan awam dengan mewujudkan van transit atas permintaan (DRT) di Kuala Kubu Bharu," katanya.

Menjadikan sektor ekopelancongan sebagai sumber ekonomi utama penduduk Kuala Kubu Bharu antara manifesto Sock Tao yang memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada Mei.

Sebelum ini Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RS-1 memainkan peranan penting dalam memastikan Selangor mencipta sejarah merekodkan nilai aktiviti ekonomi berjumlah RM406.1 bilion pada 2023.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619