PBT

1,000 peserta meriahkan acara larian di Dataran Kemerdekaan Ahad ini

9 Jul 2024, 8:30 AM
1,000 peserta meriahkan acara larian di Dataran Kemerdekaan Ahad ini

SHAH ALAM, 9 JULAI: Seramai 1,000 individu menyertai Larian Kitar Semula dan Rakan Mahir sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 di sini, Ahad ini.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Mohd Azhar Mohd Sharif berkata pelbagai aktiviti menarik turut disediakan mulai 7.30 hingga 11.30 pagi.

"Antara aktiviti dianjur seperti kayuhan santai, memanah, saringan kesihatan percuma, bazar belia, perpustakaan bergerak dan persembahan kombo MBSA," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata minuman percuma Farm Fresh dan 100+ turut disediakan kepada pengunjung serta perkhidmatan Pejabat Bergerak Shah Alam on Wheels.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619