ad
AGENDA

Warga emas rugi RM400,900 ditipu sindiket pelaburan mata wang tidak wujud

7 Jul 2024, 2:30 AM
Warga emas rugi RM400,900 ditipu sindiket pelaburan mata wang tidak wujud

BATU PAHAT, 7 JULAI: Lelaki warga emas rugi RM400,900 setelah terperdaya dengan sindiket pelaburan mata wang digital tidak wujud Mac lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa berusia 64 tahun itu berurusan dengan inidvidu tidak dikenali melalui laman Facebook sebelum meneruskan komunikasi melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata mangsa yang tertarik dengan keuntungan besar yang ditawarkan menerusi pelaburan mata wang digital itu diberikan pautan laman web kakauet.com.

“Mangsa kemudiannya memasukkan maklumat di dalam platform tersebut.

“Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulanuar bekrata mangsa kemudiannya menerima mesej daripada suspek menyatakan akaun pelaburannya disita oleh Kementerian Kewangan Amerika Syarikat dan perlu membuat bayaran tiga peratus dari jumlah pelaburan untuk menebusnya.

“Mangsa tidak berbuat demikian kerana mengesyaki telah ditipu dan membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.