AGENDA

Khidmat van transit tingkat capaian orang ramai guna pengangkutan awam

4 Jul 2024, 5:39 AM
Khidmat van transit tingkat capaian orang ramai guna pengangkutan awam

SHAH ALAM, 4 JULAI: Sistem pengangkutan awam ditambah baik melalui Projek Mobiliti Selangor yang memperkenal perkhidmatan van transit atas permintaan (demand responsive transit atau DRT).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberitahu projek yang diumum pada Belanjawan 2023 itu berkonsep jaringan perhubungan awam sekali gus memberi keselesaan untuk rakyat.

Beliau yang membentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) menganggapnya sebagai langkah progresif yang memberi manfaat kepada penduduk Selangor dalam jangka panjang.

Katanya, hasil dapatan DRT yang dalam fasa akhir pelaksanaan projek rintis sebelum tamat pada Julai akan digunakan asas dan rujukan bagi menentukan hala tuju pelaksanaannya kelak.

"(Ini) termasuk model pelaksanaan terbaik yang boleh memberi impak positif yang maksimum kepada rakyat dan Kerajaan Negeri," katanya di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Mobiliti Selangor diumumkan dalam Belanjawan 2023 bertujuan memodenkan lagi sistem pengangkutan awam sekali gus memperbaiki kebolehcapaian pengangkutan di Selangor.

Inisiatif itu fokus kepada integrasi semua aspek pengangkutan bawah satu bumbung, menggunakan analisis data untuk menyediakan sistem yang lebih berkesan dan selesa untuk rakyat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619