AGENDA

ADN Kuala Kubu Baharu angkat sumpah, tekad kerja keras bela nasib penduduk

4 Jul 2024, 2:47 AM
ADN Kuala Kubu Baharu angkat sumpah, tekad kerja keras bela nasib penduduk
ADN Kuala Kubu Baharu angkat sumpah, tekad kerja keras bela nasib penduduk

SHAH ALAM, 4 JULAI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Speaker Lau Weng San pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Pang Sock Tao , 31, memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada Mei, bagi menggantikan penyandangnya Lee Kee Hiong yang meninggal dunia akibat barah pada 21 Mac lalu.

Sock Tao ketika ditemui pemberita meluahkan rasa teruja dan berazam akan bekerja keras bagi membela nasib dan kebajikan penduduk Kuala Kubu Bharu.

[caption id="attachment_650596" align="aligncenter" width="761"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Baharu Pang Sock Tao. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Hari ini saya rasa amat teruja dan gembira dapat ke sini. Saya amat berterima kasih kepada pengundi dan berjanji akan bekerja keras serta membawa suara rakyat di sidang DNS.

“Sepanjang sesi persidangan juga saya akan bangkitkan isu pembangunan industri di Serendah dan Hulu Selangor, perancangan Tahun Melawat Selangor 2025 dan menangani pencemaran di Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Sock Tao memenangi PRK Kuala Kubu Baharu selepas mengenepikan calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainudin daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Sock Tao memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 undi sekali gus mempertahankan DUN itu yang dimenangi DAP sejak Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619