AGENDA

PM: Kerugian akibat scam lebih RM200 juta takat Mei 2024

3 Jul 2024, 3:55 PM
PM: Kerugian akibat scam lebih RM200 juta takat Mei 2024

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerima 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan RM203.33 juta setakat Mei 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejak penubuhannya pada 12 Oktober 2022 sehingga Mei 2024, jumlah keseluruhan panggilan yang diterima daripada orang ramai adalah 95,094.

“Kertas siasatan yang dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah sebanyak 10,649 bagi kes kesalahan penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Manakala, 74 kertas siasatan bagi kesalahan pengubahan wang haram telah dibuka melibatkan pembekuan 637 akaun yang berjumlah RM72.38 juta,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang ingin tahu sejauh mana keberkesanan NSRC dalam menangani jenayah penipuan dalam talian dan mengesan modus operandi 'scammer'.

Tambahnya, NSRC dan SKMM juga telah mengambil tindakan sekatan nombor telefon yang digunakan oleh scammers.

Setakat Mei 2024, sebanyak 131 nombor talian telah ditamatkan kerana terlibat dengan aktiviti penipuan dan 112 nombor talian yang meragukan telah disekat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619