EXCO

EXCO: STEM jadi agenda utama negeri, iktiraf bakat, kemahiran generasi muda

3 Jul 2024, 9:52 AM
EXCO: STEM jadi agenda utama negeri, iktiraf bakat, kemahiran generasi muda
EXCO: STEM jadi agenda utama negeri, iktiraf bakat, kemahiran generasi muda

SHAH ALAM, 3 JULAI: Kerajaan Negeri komited untuk membangunkan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di setiap peringkat pendidikan sehingga ke sektor industri.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata pelaburan besar yang diterima negeri adalah bukti jelas pengiktirafan terhadap bakat dan kemahiran dimiliki generasi muda Selangor.

“Pentingnya pendidikan dalam bidang STEM tidak boleh dipandang ringan. Dalam era revolusi kecerdasan buatan (AI) yang pesat, permintaan tenaga kerja berkebolehan terhadap STEM semakin meningkat.

[caption id="attachment_650495" align="alignleft" width="500"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pementasan Mini Teater STEM di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK Selangor pada 3 Julai 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“STEM juga memainkan peranan penting sebagai pemangkin ekonomi dunia, dan sebagai salah satu negeri termaju di Malaysia, Selangor menegaskan bahawa STEM adalah agenda utama Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Dato’ Menteri Besar bagi merasmikan pertandingan pementasan mini teater STEM Selangor di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri di sini, hari ini.

Program anjuran Persatuan STEM Kebangsaan itu membabitkan 16 sekolah menengah seluruh Selangor yang akan membangunkan produk inovasi dan penghayatan konsep STEM menerusi pementasan teater.

Dalam pada itu, Jamaliah berkata program berkenaan memberi peluang kepada pelajar untuk menggabungkan pelbagai kemahiran secara holistik dalam satu ruang komprehensif.

“Agenda untuk membangunkan sumber insan berfikiran saintifik serta berhati kemanusiaan merupakan antara objektif utama kerajaan Madani yang diilhamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619