PBT

MPAJ, PKD Gombak jayakan kempen perangi nyamuk aedes

30 Jun 2024, 9:00 AM
MPAJ, PKD Gombak jayakan kempen perangi nyamuk aedes
MPAJ, PKD Gombak jayakan kempen perangi nyamuk aedes

SHAH ALAM, 3O JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gombak menjayakan kempen perangi nyamuk aedes di Pangsapuri Sri Puteri, Ukay Perdana hari ini.

Program Goyong-Royong Memerangi Nyamuk Aedes anjuran pertubuhan penduduk dengan kerjasama Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan surau pangsapuri dimulakan dengan taklimat mengenai wabak denggi.

Program diteruskan dengan gotong-royong membersihkan kawasan kediaman selain diserikan dengan pertandingan mewarna, dam denggi dan mencari jentik-jentik untuk kanak-kanak.

[caption id="attachment_650078" align="alignnone" width="767"] Kanak-kanak menyertai pertandingan pada Program Goyong-Royong Memerangi Nyamuk Aedes di Pangsapuri Sri Puteri, Ukay Perdana pada 30 Jun 2024. Foto Pertubuhan Penduduk Apartment Sri Puteri (PPASP)[/caption]

Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar MPAJ turut menyediakan tong Roll On Roll Off (RORO) untuk memudahkan penduduk membuang barangan yang berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk.

Selain itu, MPAJ mengedar ubat jentik-jentik termasuk membuat pembelian barangan kitar semula seperti sisa minyak masak, barangan elektronik terpakai, kertas, kotak, barangan plastik serta botol kaca.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619