AGENDA

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi mesyuarat Agung Tahunan PPPM

29 Jun 2024, 7:34 AM
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi mesyuarat Agung Tahunan PPPM

KUCHING, 29 JUN: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda yang juga Penaung Diraja PPPM disambut Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penaung PPPM Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam titah perasmian, Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada semua individu yang telah menyumbang bagi menjadikan PPPM sebagai organisasi yang bermakna buat ramai anak gadis di Malaysia.

Raja Zarith Sofiah bertitah melalui PPPM ramai anak gadis telah menimba pengalaman dan membina keyakinan untuk menjadi individu yang lebih berani dengan sifat kepimpinan.

“Kehendak dunia semakin berubah dan dalam era globalisasi dan revolusi 4.0 perubahan yang mendorong inovasi serta kreativiti berlaku dalam kadar amat pantas terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Melihat kepada usaha PPPM pada hari ini saya berasa bangga kerana sumbangan ahlinya seiring dengan keperluan semasa. PPPM telah berjaya membawa perubahan yang positif di dunia ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619