AGENDA

Hamas kecam rancangan Israel halalkan penempatan baharu di Tebing Barat

29 Jun 2024, 5:00 AM
Hamas kecam rancangan Israel halalkan penempatan baharu di Tebing Barat

ISTANBUL, 29 JUN: Hamas pada Jumaat mengecam tindakan Israel untuk menghalalkan penempatan dan unit baharu di Tebing Barat yang diduduki.

Kumpulan pejuang Palestin itu mengecam pengumuman terbabit sebagai "pengisytiharan praktikal oleh kerajaan pendudukan fasis untuk meneruskan rancangan ekstremis (Menteri Kewangan Bezalel) Smotrich bagi mengawal Tebing Barat", lapor Agensi Anadolu.

Hamas berkata rancangan penempatan baharu itu "memerlukan pendirian bersatu rakyat Palestin untuk menolak dan menghadapi mereka serta menentang dasar kerajaan Zionis pelampau."

Kumpulan itu menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa "mengambil langkah praktikal untuk berusaha menghentikan langkah-langkah ini.

Pada Khamis, Kabinet Israel meluluskan langkah-langkah yang dicadangkan oleh Smotrich untuk "menghalalkan" pos-pos penempatan di Tebing Barat dan mengenakan sekatan ke atas Pihak Berkuasa Palestin.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619