AGENDA

Tiga warga Myanmar ditahan, kendali bot nelayan tempatan tanpa kebenaran

27 Jun 2024, 10:30 AM
Tiga warga Myanmar ditahan, kendali bot nelayan tempatan tanpa kebenaran

SHAH ALAM, 27 JUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang dekat sini pada 8.32 malam semalam.

Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata nelayan asing itu ditahan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan pada kedudukan 5.8 batu nautika barat daya muara Sungai Tengi oleh pasukan maritim yang melakukan rondaan di perairan tersebut.

Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua kru warga Myanmar berumur lingkungan 30 hingga 38 tahun.

"Pemeriksaan lanjut mendapati tekong dan kru tidak mempunyai dokuman pengenalan diri yang sah selain bot beroperasi kurang daripada lapan batu nautika dari daratan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Muhaimin berkata semua kru bersama bot dan hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Menurutnya kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan di zon larangan serta menggajikan warga asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619