AGENDA

Menteri: UiTM kekal untuk Melayu, Orang Asli, anak Sabah, Sarawak

26 Jun 2024, 5:01 AM
Menteri: UiTM kekal untuk Melayu, Orang Asli, anak Sabah, Sarawak

SHAH ALAM, 26 JUN: Dasar penubuhan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk kaum Melayu, Orang Asli serta anak Sabah dan Sarawak kekal bagi merapatkan jurang antara kaum terutama aspek sosio ekonomi kata menteri pengajian tinggi.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir  berkata laporan Kongres Ekonomi Bumiputera tahun ini menunjukkan terdapat jurang ekonomi melibatkan Bumiputera dari segi purata pendapatan bulanan, pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan, pengeluaran tenaga mahir serta kelayakan profesional.

“Malah kadar miskin mutlak dalam kalangan Bumiputera masih memerlukan usaha secara berterusan untuk diperbaiki.

“Dengan tertubuhnya UiTM, lebih ramai anak Bumiputera memperoleh peluang menyambung pengajian dan mengisi pelbagai jawatan sama ada sektor awam mahupun sektor industri.

“Ini keperluan dalam meningkatkan kualiti hidup serta mengubah nasib mereka termasuk dalam sektor pekerjaan berstatus profesional seperti doktor, akauntan, peguam, jurutera dan lain-lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh bertanya sama ada kerajaan bercadang membenarkan bukan Bumiputera menuntut di UiTM dengan meminda Akta UiTM 1976.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619