AGENDA

Penternak kambing maut dihempap pokok sagu

24 Jun 2024, 2:15 PM
Penternak kambing maut dihempap pokok sagu

KUALA TERENGGANU, 24 JUN: Seorang penternak kambing maut selepas dihempap sebatang pokok sagu di Kampung Kolam, Mengabang Telipot, di sini hari ini.

Mangsa Mohamad Muaqil Mohamad Sabri, 26, dijumpai terbaring tidak sedarkan diri oleh bapanya yang datang untuk menemuinya di lokasi kejadian kira-kira 1.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata sejurus menerima laporan, pegawainya telah bergegas ke tempat kejadian dan mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

"Aduan dibuat oleh abang mangsa yang bekerja sebagai buruh kampung. Mangsa didapati meninggal dunia akibat cedera parah di kepala selepas dihempap pokok sagu yang ditebangnya sendiri untuk dijadikan makanan kambing peliharaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata siasatan mendapati kejadian itu tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619