PBT

MPAJ laksana program pemandulan atasi lambakan haiwan terbiar

24 Jun 2024, 2:25 AM
MPAJ laksana program pemandulan atasi lambakan haiwan terbiar
MPAJ laksana program pemandulan atasi lambakan haiwan terbiar
MPAJ laksana program pemandulan atasi lambakan haiwan terbiar

AMPANG JAYA, 23 JUN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melaksana program pemandulan bagi mengatasi pembiakan haiwan terbiar.

Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad berkata pihaknya mengambil usaha itu bagi mengurangkan lambakan haiwan terbiar sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat.

[caption id="attachment_649210" align="aligncenter" width="745"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Dr Ani Ahmad berucap ketika Kempen Kesedaran Kebajikan Haiwan Kesayangan anjuran Kelab Kucing Malaysia bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Pusat Beli Belah Spectrum, Ampang Jaya pad 23 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI.[/caption]

“Kita tidak mengambil pendekatan tangkap dan lupus haiwan kerana tindakan ini sangat kejam serta menganiaya haiwan sebaliknya laksana program pemandulan percuma dengan kerjasama beberapa pihak.

“Contohnya pada Julai depan kita kerjasama dengan Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) bagi menjalankan program pemandulan anjing dan kucing dengan menyasarkan lebih 500 ekor,” katanya selepas merasmikan Kempen Kesedaran Kebajikan Haiwan Kesayangan di sini, semalam.

[caption id="attachment_649211" align="aligncenter" width="814"] Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Dr Ani Ahmad bergambar bersama wakil-wakil pertubuhan kucing selepas menyampai sumbangan ketika Kempen Kesedaran Kebajikan Haiwan Kesayangan anjuran Kelab Kucing Malaysia bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya di Pusat Beli Belah Spectrum, Ampang Jaya pad 23 Jun 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI.[/caption]

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya juga bercadang untuk mewujudkan rumah perlindungan bagi kucing dan anjing terbiar pada masa akan datang.

“Kita memang ada cadangan dan lokasinya juga telah dikenal pasti tetapi peruntukan belum mencukupi kerana perlu mempertimbang pelbagai faktor antaranya kos makanan, veterinar dan pembersihan.

“Perkara ini perlu dilihat secara komprehensif dan MPAJ kini masih dalam proses mengumpul dana seperti tabung endowmen untuk membuka rumah perlindungan bagi kucing dan anjing,” katanya.

Sebelum ini, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencadangkan kaedah pemandulan bagi membendung haiwan liar terutama anjing.

Baginda yang merupakan penaung Diraja bagi kempen Stray Free Selangor (SFS) di bawah SPCA Selangor turut menggesa pihak berkuasa tempatan memperinci semula pendekatan baharu yang lebih holisitik dalam menguruskan haiwan itu.

 

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619