AGENDA

Culik rakan senegara, lima lelaki Bangladesh ditahan

23 Jun 2024, 10:30 AM
Culik rakan senegara, lima lelaki Bangladesh ditahan

GEORGE TOWN, 23 JUN: Lima lelaki warga Bangladesh ditahan semalam bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata semua yang berusia 20 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di Shah Alam, Selangor hasil maklumat awam dan risikan.

"Pada Jumaat, polis menerima laporan daripada lelaki berusia 50-an yang bekerja sebagai tukang cuci di bandar raya ini memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada suspek meminta wang tebusan RM200,000 jika mahu anak lelakinya yang diculik selamat.

"Lelaki itu yang bimbang keselamatan anaknya telah membuat laporan polis selepas menerima panggilan terbabit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata bertindak daripada laporan itu dan siasatan dijalankan, polis menyerbu sebuah premis di Shah Alam dan menahan lima lelaki itu serta menyelamatkan mangsa.

Razlam berkata mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditemukan selamat dan dipercayai baru tiba di negara ini untuk mencari kerja.

"Berdasarkan siasatan awal, tukang cuci itu tidak mengetahui anaknya datang ke Malaysia dan hanya tahu selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang menuntut wang tebusan," katanya.

Kelima-lima lelaki terbabit, katanya kini direman empat hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata siasatan juga sedang dijalankan sama ada kejadian berkenaan melibatkan suspek lain atau rangkaian sindiket menculik warga asing.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619