AGENDA

Dua pelari negara layak ke perlumbaan akhir Terbuka Kazakhstan

22 Jun 2024, 11:37 AM
Dua pelari negara layak ke perlumbaan akhir Terbuka Kazakhstan

KUALA LUMPUR, 22 JUN: Harapan dua pelari negara, Muhammad Azeem Fahmi dan Shereen Samson Vallabouy untuk beraksi di temasya Olimpik Paris masih terbuka apabila kedua-dua atlet berkenaan layak ke perlumbaan akhir acara masing-masing di Terbuka Kazakhstan yang dijadual berlangsung malam ini.

Pada kejohanan berlangsung di Almaty itu, Azeem Fahmi mara ke pentas final selepas menjuarai saringan ketiga acara 100 meter (m) dengan catatan 10.61 saat (s) mengatasi atlet Turkiye, Ertan Okzan di tempat kedua (10.72s) manakala pelari tuan rumah, Vitaliy Zems di tempat ketiga dengan catatan 10.84s, menurut laman sesawang sport-online.kz.

Sementara itu, Shereen pula melayakkan diri ke pusingan akhir acara 400m selepas mengungguli saringan satu selepas merekodkan 54.16s menewaskan dua atlet tuan rumah, Anna Shumilo yang berada di tempat kedua dengan catatan 56.58s manakala Milana Zubareva ketiga 57.76s.

Kedua-dua pemegang rekod kebangsaan dalam acara masing-masing itu perlu memenangi perlumbaan akhir yang disertai mereka bagi mencerahkan peluang untuk melayakkan diri di temasya Olimpik Paris 2024.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619