AGENDA

22 maut di Gaza, pejabat palang merah diserang Israel

22 Jun 2024, 3:21 AM
22 maut di Gaza, pejabat palang merah diserang Israel

GENEVA, 22 JUN: Peluru berkaliber yang mendarat beberapa meter dari Pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Semenanjung Gaza pada Jumaat mengorbankan 22 nyawa yang berlindung di kemudahan itu, lapor Agensi Anadolu.

“Serangan itu merosakkan struktur pejabat ICRC yang dikelilingi oleh ratusan orang awam yang hilang tempat tinggal termasuk ramai rakan sekerja Palestin kami,” menurut ICRC dalam satu kenyataan.

Insiden itu menyebabkan hospital medan Palang Merah berhampiran menerima 22 mayat dan 45 cedera, dengan laporan terdapat lebih ramai mangsa.

"Serangan yang begitu hampir dengan struktur bangunan Palang Merah serta lokasinya diketahui oleh pihak bertelagah, meletakkan nyawa orang awam dan kakitangan Palang Merah dalam bahaya.

"Kejadian ini hanyalah satu daripada beberapa insiden yang terjadi beberapa hari kebelakangan ini, sebelum ini peluru sesat telah mengenai struktur ICRC.

"Kami mengecam insiden ini yang membahayakan nyawa manusia dan orang awam," menurut ICRC.

Di bawah undang-undang antarabangsa, pihak yang terlibat dalam konflik mesti mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan serangan terhadap orang awam dan kerosakan kepada harta benda awam termasuk kemudahan kemanusiaan, menurut Palang Merah.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619