AGENDA

Lelaki serah diri selepas mengaku bunuh isteri direman tujuh hari

21 Jun 2024, 7:18 AM
Lelaki serah diri selepas mengaku bunuh isteri direman tujuh hari

IPOH, 21 JUN: Lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah dan mengaku membunuh isterinya di sebuah hotel semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad memberitahu Bernama perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin dalam prosiding di Mahkamah Majistret Batu Gajah pada 8.30 pagi tadi.

"Dia direman untuk bantu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, dekat sini.

Md Noor Aehawan dilaporkan berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang selepas memaklumkan kepada kaunter aduan balai polis itu bahawa dia telah membunuh isterinya berusia 32 tahun di hotel terbabit.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619