AGENSI

Pelajar UM juara hasilkan inovasi pantau kebocoran sistem paip Air Selangor

21 Jun 2024, 3:33 AM
Pelajar UM juara hasilkan inovasi pantau kebocoran sistem paip Air Selangor

SHAH ALAM, 21 JUN: Enam pelajar dari Univerisiti Malaya (UM) menjuarai pertandingan Data & Digital Hackathon 2024 anjuran Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), baru-baru ini.

Menurut syarikat itu, kumpulan dikenali sebagai Fresh Air memperkenal Sistem Sentinel HydroRise, inovasi bagi memantau dan meramal kebocoran dalam sistem paip agihan Air Selangor.

"Kami berbesar hati menjadi penyedia perkhidmatan air pertama Malaysia yang menganjurkan Data & Digital Hackathon 2024 buat julung kalinya sebagai platform bagi peminat teknologi.

"(Mereka) berkongsi pandangan dan menyelesaikan set data raya yang kompleks menggunakan aplikasi sains data, yang menyumbang kepada kemajuan pendigitalan industri perkhidmatan air," katanya.

Menerusi video di Facebook, pasukan Fresh Air membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Ir Abas Abdullah.

Pemenang lain ialah kumpulan Air Force (tempat kedua) dan The HackSmith (tempat ketiga), manakala Neroz pula juara bawah kategori kakitangan menerusi 149 penyertaan sejak Januari lalu.

Syarikat itu menambah penilaian dibuat menerusi pemilihan 10 pasukan teratas yang bersaing dengan pembentangan idea masing-masing di sebuah hotel di Petaling Jaya.

“Intipati pandangan mereka yang berharga ini bukan sahaja membuka lembaran baharu tetapi membentuk perjalanan Air Selangor ke arah penyelesaian dan perkhidmatan lebih mesra pengguna,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619