AGENDA

Empat daripada 19 orang cedera bas ekspres jatuh gaung

21 Jun 2024, 3:00 AM
Empat daripada 19 orang cedera bas ekspres jatuh gaung

LAHAD DATU, 21 JUN: Empat cedera selepas sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan Silam, di sini malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata empat individu yang cedera itu kini stabil dan mendapatkan rawatan di Hospital Lahad Datu manakala yang lain hanya cedera ringan.

"Bas dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu terjatuh ke dalam gaung dengan kecerunan gaung itu kira-kira 50 meter, beberapa individu berjaya keluar sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut laporan media malam tadi, bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.24 malam dan 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu serta tiga anggota pasukan bomba sukarela Silam bergegas ke lokasi kejadian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619