AGENDA

Polis siasat insiden suami pukul isteri di hotel Port Dickson

20 Jun 2024, 3:23 AM
Polis siasat insiden suami pukul isteri di hotel Port Dickson

PORT DICKSON, 20 JUN: Polis membuka kertas siasatan berkaitan dakwaan kejadian seorang suami memukul isterinya di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata pihaknya menerima laporan kejadian daripada mangsa dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Tular satu video berdurasi 31 saat menerusi satu akaun Facebook memaparkan seorang lelaki telah memukul seorang wanita (mangsa) di sebuah bangunan hotel, iaitu melibatkan pasangan suami isteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati pergaduhan antara suami isteri berusia 37 dan 38 tahun itu berlaku pada 24 Mei lepas dan puncanya dipercayai akibat lelaki itu berlaku curang.

"Akibat pergaduhan itu, mangsa cedera di pipi dan sakit di beberapa anggota badan," katanya sambil menasihati orang awam supaya tidak menularkan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan pihak polis.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619