AGENDA

Penyelam Malaysia maut semasa bersih kapal di Singapura

20 Jun 2024, 12:11 AM
Penyelam Malaysia maut semasa bersih kapal di Singapura

SINGAPURA, 20 JUN: Seorang pekerja warga Malaysia berusia 22 tahun maut dalam kemalangan di tempat kerja semasa melakukan kerja pembersihan lambung kapal di Eastern Anchorage, di sepanjang Marina South Pier, pada Selasa.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura berkata dalam kemalangan yang berlaku sekitar pukul 2.10 petang, mangsa telah tersangkut pada salah satu kipas bot sokongan penyelam.

"Pekerja itu telah dibawa ke Hospital Besar Singapura, dan dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

MOM sedang menyiasat kejadian itu dan telah mengarahkan majikan terbabit untuk menghentikan semua aktiviti menyelam.

"Sebagai langkah keselamatan umum, prosedur menyelam komersial yang ditetapkan menggunakan ‘Surface-Supplied Diving Equipment’ (SSDE) atau ‘Commercial Self-Contained Underwater Breathing Apparatus’ (CSCUBA) mesti dipatuhi," kata jurucakap itu.

MOM berkata peralatan dan alat sedemikian memudahkan koordinasi dan komunikasi antara penyelam dan penyelia semasa operasi. Peralatan selam skuba rekreasi tidak boleh digunakan untuk operasi menyelam komersial.

Sementara itu, CNA melaporkan bahawa pihak polis berkata berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah disyaki dan siasatan sedang dijalankan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619