ad
ADN

Wakil rakyat tumpu selesai isu kesesakan lalu lintas di Kota Kemuning

18 Jun 2024, 1:06 PM
Wakil rakyat tumpu selesai isu kesesakan lalu lintas di Kota Kemuning
Wakil rakyat tumpu selesai isu kesesakan lalu lintas di Kota Kemuning

SHAH ALAM, 18 JUN: Isu kesesakan lalu lintas dari Lebuhraya Kesas menghala ke bulatan Kota Kemuning menjadi tumpuan untuk diselesaikan bagi penggal ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning S Preakas merancang mengemukakan cadangan pembinaan jambatan (flyover) dan jalan alternatif bagi mengatasi kesesakan di kawasan tersebut.

“Rungutan dari penduduk memerlukan masa antara sejam hingga dua jam bagi melepasi kesesakan di roundabout itu.

“Hasil kajian dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kos pembinaan bagi dua flyover dan jalan alternatif sejumlah RM50 juta. Harapan saya Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian penuh,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_575346" align="alignnone" width="854"] Pengguna Bas Smart Selangor mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sebelum menaiki pengangkutan awam itu di hentian bas Seksyen 13, Shah Alam pada 5 Mac 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Bagi langkah jangka pendek pula, Preakas memohon penambahan jumlah laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor untuk menggalakkan rakyat menaiki pengangkutan awam.

“Selain itu, ia memudahkan urusan pengangkutan penduduk. Sebagai contoh, ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan Meru perlu menukar bas, kerana tiada laluan terus dari Kota Kemuning,” katanya.

Selain itu, beliau turut menumpukan membaiki kemudahan jalan di kawasan Bukit Kemuning yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.

“Perbicangan telah dilaksanakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk membaiki jalan berlubang dan selenggara lampu jalan di kawasan itu.

"Saya harap JKR dapat membantu kadar segera demi kesejahteraan penduduk,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.