AGENDA

Malaysia, Pakistan sepakat zahir solidariti kepada Gaza

18 Jun 2024, 8:10 AM
Malaysia, Pakistan sepakat zahir solidariti kepada Gaza

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu dinyatakan semasa beliau menerima panggilan telefon daripada rakat sejawatnya dari Pakistan iaitu Shehbaz Sharif hari ini.

“Saya turut memuji Perdana Menteri Shehbaz atas keberanian beliau memposisikan kedudukan Pakistan terkait kemelut di Gaza.

“Seharusnya pemimpin Islam negara lain perlu terus mengukuhkan sokongan dalam meningkatkan bantuan kemanusiaan selain menggandakan usaha menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam.

Anwar memaklumkan mereka juga merancang untuk bertemu di ibu negara Pakistan iaitu Islamabad dalam masa terdekat agar hubungan kedua-dua negara terus diperkukuh.

Menerusi panggilan telefon itu, Anwar dan Shehbaz turut berbalas ucapan selamat menyambut Aidiladha selain mendoakan kesejahteraan bersama dan keluarga serta rakyat kedua-dua negara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619