AGENDA

Pemandu e-panggilan didakwa cabul wanita dalam kedai di Selayang

18 Jun 2024, 7:58 AM
Pemandu e-panggilan didakwa cabul wanita dalam kedai di Selayang

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Seorang lelaki yang videonya tular kerana menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Irwan Iesa, 38, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Ariffin.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berusia 38 tahun itu di dalam kedai berkenaan di Selayang pada 2 petang, 4 Jun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Gan Sing Gee dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan rendah atas alasan isteri tertuduh sarat mengandung.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619