AGENDA

Aliran trafik utama menuju Lembah Klang perlahan malam ini

17 Jun 2024, 2:15 PM
Aliran trafik utama menuju Lembah Klang perlahan malam ini

KUALA LUMPUR, 17 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan jumlah kenderaan sedikit meningkat berbanding hari biasa di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun setakat 9.20 malam ini, trafik masih terkawal.

Beliau berkata di utara tanah air, aliran trafik dilaporkan perlahan di Jawi ke Sungai Bakap, Gurun ke Sungai Petani, Terowong Menora ke Ipoh, Tapah ke Sungkai dan Tanjung Malim ke Rawang.

“Aliran trafik turut dilaporkan perlahan di Alor Gajah menuju ke Seremban disebabkan pertambahan kenderaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Di Pantai Timur pula, terdapat pertambahan kenderaan di Plaza Tol Bentong ke Lentang yang menyebabkan aliran trafik perlahan di kawasan terbabit.

Beliau berkata setakat ini, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619