AGENDA

Warga emas rugi RM2.27 juta ditipu sindiket pelaburan di WhatsApp

17 Jun 2024, 11:00 AM
Warga emas rugi RM2.27 juta ditipu sindiket pelaburan di WhatsApp

JOHOR BAHRU, 17 JUN: Seorang akauntan warga emas kerugian lebih RM2.27 juta selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan mengenai pembelian saham yang diiklankan menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata lelaki tempatan berusia 75 tahun itu membuat laporan polis semalam dan mendakwa dia mula terjerat dengan penipuan terbabit sejak 19 Dis tahun lepas.

“Mesej WhatsApp berkenaan memberi penerangan tentang cara membuat pelaburan dengan turut menjanjikan keuntungan yang lumayan secara mudah dalam masa singkat.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa mengikut arahan dalam mesej dengan memuat turun satu aplikasi selain dia turut mendaftar bank akaun bagi memantau pelaburan yang dibuat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa mula membuat pelaburan menerusi beberapa transaksi bermula bulan lepas sehingga awal bulan ini dengan keseluruhan wang dipindahkan berjumlah lebih RM2.27 juta.

Kumar berkata mangsa kemudian dimaklumkan pihak sindiket bahawa keuntungannya mencapai RM12.9 juta hasil pelaburan dibuat, namun dia diminta membayar komisen RM1.6 juta sebelum boleh mengambil wang keuntungan itu.

“Mangsa enggan membuat pembayaran komisen berkenaan kerana mengesyaki telah ditipu sindiket pelaburan palsu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619