AGENDA

Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza

16 Jun 2024, 7:30 AM
Israel sekat kemasukan haiwan korban bagi sambutan Aidiladha di Gaza

BANDARAYA GAZA, 16 JUN: Sekatan terbaharu Israel menyebabkan ratusan ribu keluarga di Semenanjung Gaza tidak berpeluang melakukan ibadah korban bagi Aidiladha tahun ini, menurut kenyataan pejabat media Gaza pada Sabtu.

Pejabat itu memaklumkan "Pasukan pendudukan melakukan jenayah baharu" dengan menghalang kemasukan haiwan korban menerusi penutupan semua lintasan Semenanjung Gaza, termasuk lintasan sempadan Rafah dan lintasan Kerem Shalom.

Pejabat media berkata larangan ini merupakan "satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas dan mengabaikan nilai-nilai kemanusiaan dan Islam", lapor Agensi Anadolu.

"Tanggungjawab moral dan undang-undang memerlukan masyarakat antarabangsa untuk melakukan campur tangan secara serius bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai dan menghentikan pencabulan hak dan hak asasi umat Islam secara terang-terangan," menurut kenyataan itu.

Hampir 37,300 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak Oktober tahun lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan hampir 85,200 lagi cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619