AGENDA

Aliran trafik lebuh raya utama terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan

16 Jun 2024, 3:20 AM
Aliran trafik lebuh raya utama terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) setakat 10 pagi, kenderaan dilaporkan kian meningkat di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) namun perjalanan trafik masih lancar.

Jurucakap itu berkata beberapa laluan smartlane sudah diaktifkan bagi memudahkan perjalanan pulang perantau ke kampung halaman.

“Laluan terbabit antaranya di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), KM0.4 hingga KM6.0 arah Utara dari Pandan ke Kempas, KM4.5 hingga KM1.9 arah Selatan dari Setia Tropika ke Pasir Gudang dan KM280 hingga KM276 arah Selatan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale.

“Selain itu, terdapat juga dua kemalangan di KM438.6 arah Selatan dari Sungai Buaya ke Rawang dan KM407.6 arah Selatan dari Lembah Beringin ke Bukit Tagar, namun tiada lorong terhalang dan tidak menyebabkan sebarang kesesakan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619